cari ar ne ktowng!!

cari ar ne ktowng!!


well,blog nie sy nk ckp mengenai minyak wangi....


Assalamuaikum and Salam Sejahtera di ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan Dunia khususnya…. Terima Kasih pelayar2 blog yang sanggup meluangkan masa untuk BlOG yang baru saja dilahirkan di dunia ni…. Blog yang masih comel ni sebenarnya dilahirkan atas permintaan Lecturer yang bernama Puan Syarina . Ni no kod Subjeknya MGM :1191 , untuk mencipta 1 Blog yang mampu untuk mengisi seberapa maklumat ilmiah yang dapat dijadikan tontonan kepada masyarakat umum. Dengan kepandaian yang tidak seberapa, kami dengan berani dan confidentnya menyahut cabaran puan….…

Bincang punya bincang punya bincang kami memilih tajuk minyak wangi atau nama baratnya perfume…. Mengapa kami memilih tajuk ni???? Grop kami suma laki plak tu.. hahahah.. Actually kami main sebat je tajuk ni… saje nak cabaran la,,,

Peringatan: Kepada pelayar-pelayar blog yang nak baca blog ni kena pastikan anda tak masak air, dah mandi, dah solat. Dah makan kenyang2… sedikit kelalaian mampu mengundang padah…


Sunday, February 28, 2010

Bagaimana dihasilkan…
Tahukah Anda… Minyak wangi turut dihasilkan di Malaysia… Tumbuhan yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi itu ialah dari pokok depu atau gaharu…
ANAK pokok karas atau gaharu setinggi 20 sentimeter (sm) yang dijual pada harga RM1.60 sepokok dua tahun lalu kini mencecah RM9, gara-gara minat orang ramai menanam pokok yang dikatakan boleh memberi pulangan RM18,000 sepokok.Karas atau nama saintifiknya, Aqularia malaccensis yang boleh mencapai ketinggian lebih 36 meter, mengeluarkan damar atau rasin yang diperlukan dalam penghasilan minyak wangi, manakala kayu dan kulitnya diproses menghasilkan gaharu.
Damar yang dihasilkan oleh pokok karas kini digredkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan gred Super A, A, B, C serta D, dan harga Super A dijual antara RM15,000 dan RM20,000 sekilogram di pasaran antarabangsa.
Bukan setakat damar, batang dan kulit boleh menghasilkan wang, malah daun karas dikatakan boleh direbus dan diminum bagi mencegah penyakit kanser.
Menyedari pokok karas mempunyai nilai komersial, Jabatan Perhutanan Terengganu mempelopori tanaman secara ladang di kawasan 47 hektar di Hutan Simpan Merchang, Marang bagi menggantikan pokok Akasia.
Pejabat Hutan mengumpul banyak maklumat mengenai kaedah penanaman, kesesuaian tanah, kawalan penyakit, taburan hutan dan cara mengatasi penyakit yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Pejabat Pertanian. Maklumat ini boleh dikongsi jika orang ramai berminat mempelajari cara mengusahakan tanaman ini, Proses mengumpul damar karas boleh dilakukan secara semula jadi dengan mematikan pokok mati melalui kaedah melukakannya atau suntikan inokulen.
2 - Kerja menebuk batang pokok karas untuk menghasilkan gaharu." height="190" width="430">
1 - Minyak gaharu yang sudah diasingkan perlu dijemur.2 - Kerja menebuk batang pokok karas untuk menghasilkan gaharu.

Teknik inokulen boleh dilakukan apabila pokok mencapai usia lima tahun atau diameter pokok berukuran 20 sm.
Kedalaman optimal perlu sesuai dengan diameter batang dan biasanya sekitar lima sm.Setiap batang pokok akan ditebuk lubang dan dimasukkan spora yang akan menghasilkan damar dan lubang itu akan ditutup menggunakan lilin dan hanya dikeluarkan selepas dua tahun..
minyak damar juga boleh diperolehi secara penyulingan dengan merebus kulit dan kayu damar yang diracit.Sementara itu, pokok karas mudah dijaga dan tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi.Bagi yang menanam di sekitar Pantai Timur perlu memilih masa yang sesuai iaitu sekitar bulan Julai atau Ogos iaitu sebelum musim tengkujuh bagi membolehkan pokok ini tidak menghadapi masalah ketika musim kering.Selepas enam bulan yang ditanam, pokok perlu dipangkas dan dijaga secara agronomik bagi membolehkan pokok mencapai ketinggian maksimum, pokok karas yang ditanam dalam dusun yang sudah matang mudah dijaga dan membesar dengan cepat kerana tidak terdedah terus kepada terik matahari.

No comments: