cari ar ne ktowng!!

cari ar ne ktowng!!


well,blog nie sy nk ckp mengenai minyak wangi....


Assalamuaikum and Salam Sejahtera di ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan Dunia khususnya…. Terima Kasih pelayar2 blog yang sanggup meluangkan masa untuk BlOG yang baru saja dilahirkan di dunia ni…. Blog yang masih comel ni sebenarnya dilahirkan atas permintaan Lecturer yang bernama Puan Syarina . Ni no kod Subjeknya MGM :1191 , untuk mencipta 1 Blog yang mampu untuk mengisi seberapa maklumat ilmiah yang dapat dijadikan tontonan kepada masyarakat umum. Dengan kepandaian yang tidak seberapa, kami dengan berani dan confidentnya menyahut cabaran puan….…

Bincang punya bincang punya bincang kami memilih tajuk minyak wangi atau nama baratnya perfume…. Mengapa kami memilih tajuk ni???? Grop kami suma laki plak tu.. hahahah.. Actually kami main sebat je tajuk ni… saje nak cabaran la,,,

Peringatan: Kepada pelayar-pelayar blog yang nak baca blog ni kena pastikan anda tak masak air, dah mandi, dah solat. Dah makan kenyang2… sedikit kelalaian mampu mengundang padah…


Sunday, February 28, 2010

Al-Kisah…….
SEJARAH
Bangsa Mesir dikatakan telah menemui dan menggunakan minyak wangi hampir 6000 tahun sebelum masihi dahulu… Sumber yang digunakan untuk menghasilkan wangian ini ialah tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang telah dilestarikan dan ditanam di bumi Allah di tanah Yaman… Pada mulanya mereka meramu minyak wangian utuk acara ritual keagamaan, tetapi lama kelamaan perkembangannya telah berubah dari masa ke semasa.. Untuk pengetahuan kowang minyak wangi dari bunga merupakan barang dagangan yang sangat laku dan dieksport ke seluruh penjuru dunia.
Selain dari pelbagai campuran bunga terdapat tanaman lain yang dugunakan iaitu tanaman himolia… Harga minyak wangi tersebut dikatan menyamai harga emas… Selain Mesir, Yunani juga tidak ketinggalan dalm penghasilan bidang ini… Perkembangan dan kemajuan orang-orang Yunani dalam bidang ini cukup pesat mereka juga turut serta dalam mengajarkan ilmu perfume ini kepada orang-orang Itali tentang cara meramu dan menggunakan minyak wangi… Perang Salib telah menyebabkan orang-orang Perancis mengetahui cara memproses minyak wangi dengan lebih mendalam…. Erm ni je lah yang kami dapat cungkilkan….

Kegilaan terhadap minyak telah menggalakkan perlumbaan pengeluaran minyak wangi secara berterusan oleh syarikat-syarikat gergasi di dunia
Antara minyak wangi yang popular dan mendapat tempat di peringkat antarabangsa ialah Dunhill, Hilton, Boss, Georgio Amani, dan banyak lagi…
Harga minyak wangi mampu mencecah dari puluhan ratusan dan hingga ke ribuan ringgit…

No comments: